• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Percayakan ‘Inspektor Fazura’, RM3,000 Lesap

oleh
14/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kerana percaya kepada seorang wanita yang disyaki menyamar sebagai “Inspektor Fazura”, seorang suri rumah di Miri kerugian RM3,000 kerana diperdaya wanita itu, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pada hari kejadian mangsa yang berusia 28 tahun pada mulanya telah menerima panggilan telefon daripada kononnya Sarjan Yusrizal dari Bahagian Siasatan Jenayah Muar, Johor menggunakan talian nombor 069564800.

“Lelaki tersebut mendakwa mangsa telah terlibat dengan kesalahan langgar lari menggunakan sebuah kenderaan dengan pemilik kenderaan itu memberitahu mangsa yang menyewa kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, selepas mendapat panggilan “Sarjan Yusrizal”, mangsa telah dihubungi oleh seorang wanita memperkenalkan diri sebagai “Inspektor Fazura” menggunakan nombor 0109053224 yang mengatakan mangsa terlibat di dalam kes pengubahan wang haram menggunakan akaun sebuah bank sebanyak RM2.28 juta.

“Wanita itu telah meminta mangsa untuk memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke satu akaun bagi tujuan ikat jamin,” katanya sambil menambah mangsa terus membuat pemindahan wang menerusi ATM ke nombor akaun yang diberikan.

“Selepas transaksi pemindahan wang berkenaan mangsa menghubungi nombor telefon bimbit yang sama (0109053224) tetapi tidak dijawab, mangsa lalu membuat laporan polis pada Ahad,” katanya.

Beliau menasihati orang awam supaya jangan mudah panik serta terpedaya apabila menerima panggilan telefon mencurigakan menggunakan taktik penipuan Macau Scam.

Menurutnya polis tidak pernah meminta membayar wang jaminan untuk menyelesaikan kes dengan meminta wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi mana-mana individu.

“Jika orang ramai meragui sesuatu panggilan telefon tersebut, sila rujuk dengan Balai Polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat nombor telefon yang sahih Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis,” katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (ccid.rmp.gov.my), Bank Negara Malaysia (bnm.gov.my) dan facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatkan maklumat berhubung penipuan kewangan (financial fraud). – BERNAMA

Tags: kerugianpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd