• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Di Sabah Seminggu Lagi

oleh
13/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Cuaca panas dan kekurangan hujan dialami Sabah ketika ini dijangka berterusan seminggu lagi, namun keadaan suhunya masih normal, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud.

Azemi berkata, suhu maksimum semasa di Sabah ketika ini ialah 33 darjah Celsius iaitu normal.

“Jabatan akan sentiasa memantau suhu semasa di Sabah. Jabatan juga akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya ada berlaku fenomena gelombang haba. Namun, setakat ini, suhu di Sabah masih dalam keadaan normal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Azemi berkata, berdasarkan tinjauan model iklim antarabangsa menjangkakan kebarangkalian 90 peratus fenomena El-Nino berlaku di Sabah sehingga Mac ini dan 60 peratus berkemungkinan berlarutan sehingga Mei.

Sehubungan itu, Azemi turut mengingatkan penduduk setempat supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku selain melakukan penjimatan air berikutan cuaca panas dan kekurangan hujan.

Berdasarkan ramalan cuaca sehingga 19 Januari ini menerusi laman web MetMalaysia menunjukkan Sabah dijangka berhadapan suhu minimum 22 darjah Celcius dan suhu maksimum 33 darjah Celcius serta hujan di satu dua tempat. – BERNAMA

Tags: cuaca panasSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd