• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Cameron Highlands: SKMM Siasat Gambar Tular

oleh
13/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat dakwaan pemberian wang oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang ditularkan melalui beberapa keping gambar dalam media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, SKMM memerlukan masa antara lain untuk mengenal pasti pemilik akaun sosial media yang terlibat.

“Setakat sekarang ini, saya masih belum boleh berikan sebarang pengesahan berkenaan sebarang dakwaan dan tanggapan dibuat ramai pihak.

“Beri sedikit masa, kita tunggu sampai dapat maklumat tepat baru kita akan terangkan keadaan sebenar atau kita boleh sahkan itu tak berlaku atau ada pihak-pihak yang cuba ambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bilik gerakan PH Felda Sungai Koyan 3, di sini, hari ini.

Beberapa keping gambar menunjukkan beberapa individu memakai baju dengan logo PH didakwa mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang kini dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) mula tular di sosial media sejak pagi tadi.

Eddin Syazlee yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan menegaskan bahawa, amalan pemberian wang kepada pengundi bertentangan dengan pegangan PH, menganggap ia satu perbuatan yang tidak gentleman dan bermaruah.

“Kita tahu kalau PH sebenarnya nak gunakan kelebihan, kita sudah boleh gunakan jentera-jentera kerajaan seperti dibuat rejim dahulu, tapi ini kita tak buat, apa lagi dalam perkara-perkara melibatkan duit,” katanya.

Beliau yang mengadakan lawatan ke kawasan Dewan Undangan Negeri Jelai, satu daripada DUN dibawah Parlimen Cameron Highlands turut mengadakan dialog bersama komuniti Orang Asli di Pos Betau dan Pusat Internet Desa Felda Sungai Koyan 3. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPRK Cameron HighlandsSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd