• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

`Hati-Hati Bila UMNO Menyebelahi PAS” – Suhaizan

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Hati-hati bila tiba-tiba UMNO menyebelahi kita,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat.

Beliau mendakwa, UMNO pasti mempunyai kepentingan tertentu apabila mengambil pendekatan menyebelahi PAS dalam isu tertentu.

“Ada sesuatu yang ingin dicapai untuk kepentingan mereka. Semestinya ia akan merugikan kita (PAS),” dakwanya dalam nada prejudis melalui laman Facebook beliau hari ini.

Mynewshub.cc semalam melaporkan Suhaizan mendakwa UMNO mempunyai agenda tersirat untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Chempaka.

Beliau mendakwa UMNO mahu memecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana keputusan tidak bertanding di DUN Chempaka akan memperlihatkan kejujuran untuk menyatukan PAS dan UMNO.

Dakwaan itu bagaimanapun diselar oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd. Johari Abu Bakar yang beranggapan Suhaizan terlalu banyak berpolitik daripada membela nasib bangsa dan agama.

Mohd. Johari menjelaskan, saranan supaya BN tidak bertanding menunjukkan BN menghormati Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan ulama dan mempunyai pengaruh besar serta disegani khususnya rakyat Kelantan.

Malah, kata beliau jika BN benar-benar tidak bertanding, ia merupakan langkah sama diambil BN ketika pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang kosong sebelum ini berikutan kematian wakil rakyatnya, Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini mencadangkan BN tidak meletakkan calon di DUN Chempaka selepas penyandangnya, Nik Abdul Aziz meninggal dunia baru-baru ini.

PAS Pusat melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berterima kasih dengan cadangan tersebut dan menganggap ia satu bentuk penghormatan terhadap Allahyarham Nik Abdul Aziz. – mynewshub.cc

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd