• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai ILP ‘Amuk’ Tendang Motosikal Depan Surau

oleh
13/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERANG… Tular aksi Timbalan Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan semalam bertindak biadab tendang motosikal pelajar dan penjaga.

Beliau dikatakan ‘amuk’ kerana berang lihat banyak kenderaan tersebut yang diletakkan di depan surau institut berkenaan sehingga tindakannya itu menjadi tular dalam kalangan pengguna laman sosial Facebook.

Perbuatan tersebut terdedah selepas seorang individu memuat naik sebuah video berdurasi seminit 28 saat yang menunjukkan pegawai tersebut tendang tiga buah motosikal yang diletakkan di perkarangan surau ILP itu.

Rakaman secara amatur tersebut mendapat reaksi negatif daripada ramai ibu bapa dan penjaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan biadab individu berkenaan kerana sepatutnya beliau boleh sahaja tegur lebih berhemah.

Pengarah ILP Kota Bharu, Zainudin Ahmad ketika dihubungi media berkata, pihaknya telah ambil tindakan segera dengan memaklumkan isu itu kepada pengetahuan ibu pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di ibu negara.

“Saya serta pihak pengurusan ILP Kota Bharu ingin memohon maaf atas tindakan tidak wajar oleh pegawai tersebut sehingga menimbulkan keadaan tidak selesa kepada ibu bapa pelajar yang berurusan di sini.

“Saya akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku pada masa akan datang demi imej dan intergriti ILP Kota Bharu serta JTM sebagai institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara terunggul,” katanya.

Zainudin menambah bahawa semalam kebetulan agak sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar lama dan ILP tetapkan peraturan sebarang kenderaan dilarang dibawa masuk ke dalam dan perlu diletak di luar. – Agensi

Tags: ILPInstitut Latihan Perindustrian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Galak Lebih Ramai Bukan Melayu Sertai ILP

06/10/2018
0

SERDANG - Kaum bukan Melayu digalak untuk lanjut pelajaran di Institusi Latihan Pertanian (ILP) dalam membantu negara untuk memperkasa pembangunan...

Lepasan Sekolah Harus Digalakkan Sertai ILP

09/06/2018
0

IPOH - Kementerian Sumber Manusia akan membincangkan dengan Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan lebih ramai lepasan sekolah memasuki Institut Latihan Perindustrian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd