• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepasan Sekolah Harus Digalakkan Sertai ILP

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Sumber Manusia akan membincangkan dengan Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan lebih ramai lepasan sekolah memasuki Institut Latihan Perindustrian (ILP), kata menterinya M. Kulasegaran.

Beliau berkata masyarakat terutama lepasan sekolah perlu mengubah persepsi mereka mengenai program ILP yang dilabelkan sebagai “tidak memenuhi tanda aras” memandangkan kebanyakan pelajar berjaya mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

“Tanggapan bahawa menyertai institusi tersebut menyebabkan pelatih terpaksa melakukan kerja-kerja yang mengotorkan tangan harus diubah.

“Mereka tidak menyedari bahawa hampir semua pelajar ILP berjaya mendapat pekerjaan, bahkan pelajar jurusan undang-undang pun tidak selalu mendapat pekerjaan apabila menamatkant pengajian,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan pemain industri mengenai latihan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Ipoh di sini hari ini.

Kulasegaran berkata pelajar yang tidak mencapai prestasi yang baik dalam pengajian selepas Tingkatan Tiga harus dirujuk untuk mendaftar masuk ke institusi tersebut.

“Tidak ada gunanya meminta mereka meneruskan pengajian sehingga peperiksaan Tingkatan Lima sedangkan mereka tidak menunjukkan minat dalam akademik.

“Oleh itu, membenarkan mereka mengikuti kursus berasaskan kemahiran akan memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar dalam masa terdekat,”kata beliau.

Menurut Kulasegaran, terdapat 32 ILP di seluruh negara dan sesetengah ILP kurang digunakan sambil menarik perhatian ILP Ipoh hanya mempunyai 491 pelajar walaupun mempunyai kapasiti bagi 900 pelajar

Kulasegaran berkata beliau mahu menjadikan ILP lebih mudah diakses dan dibuka kepada orang ramai bagi menarik lebih ramai pelajar memasuki institut tersebut. – BERNAMA

Tags: ILPM Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd