• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Kena Belajar Balik Kira Ikut Matematik Darjah 3

oleh
12/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINIS… Pemuda UMNO bidas Lim Guan Eng sangkal laporan Nomura Global Research turun rating pasaran saham Malaysia serta beri amaran isu kebergantungan Malaysia terhadap hasil minyak.

Perkara itu disuarakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan sebagai ulas komen Menteri Kewangan tersebut yang terus berdolak-dalik pertikai hasil penyelidikan agensi penarafan ternama dari Jepun itu.

Tegasnya, jika Guan Eng buat perbandingan antara sebelum Pakatan Harapan (PH) menang dan selepas menang, ia membuktikan kenyataan Nomura adalah benar iaitu Malaysia kembali bergantung kepada sumber hasil petroleum.

“Inilah perangai sebenar Menteri Kewangan kita. Helah kuat, matematik pun masih lagi tidak betul,” sinis Shahril Sufian dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini merujuk respons ‘marah’ Guan Eng itu.

Setiausaha Agung DAP ini dakwa konon kebergantungan kepada hasil petroleum pada 2019 telah turun berbanding 2009 iaitu hanya 19.5% jika tidak ambil kira pemberian dividen Petronas secara one-off berjumlah RM30 bilion.

Shahril Sufian menulis: “Mengikut Laporan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, jumlah keseluruhan hasil kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM261.81 bilion.

“Manakala hasil petroleum kepada pendapatan negara ialah sebanyak 30.9% atau bersamaan RM80.9 bilion. Semua tahu hendak kira matematik mudah ni 80.9/261.81 = 30.9%… Soalnya, macam mana dia dapat angka 19.5% ni?

“Sebab dia (Guan Eng) tidak kira dividen RM30 bilion tu. OK, kalau tetap tidak kira RM30 bilion, ini bermakna, jumlah hasil petroleum adalah RM50.9 bilion, bahagi dengan jumlah hasil negara yang tidak termasuk dividen.

“RM231.81b: 50.9/231.81 = 22%… Tetapi nampaknya, apa yang Guan Eng buat, dia hanya kira cepat macam ni: 50.9/261.81 = 19.5%… Bukan soal beza beberapa peratusan sangat. Soalnya sekarang, ini Menteri Kewangan!

“Takkan tak tahu kira?” kata Shahril Sufian dalam nada sindiran. Bidasnya lagi, kalau ya pun Guan Eng tidak mahu kira RM30 bilion itu, sebab hendak hujah politik konon PH tidak bergantung kepada Petronas, ada cara kira lain.

“Penyebut (angka pembawah) pun kena la tolak RM30 bilion. Mana boleh yang atas tolak 30 tapi yang bawah kekal 261? Sebab sengaja nak tunjuk peratusan yang rendah kot. Rakyat Malaysia sudah lama lah pergi sekolah, YB…

“Murid marjah tiga telah belajar pasal pecahan, pengangka dan penyebut dalam mata pelajaran Matematik,” jelas Shahril Sufian lagi dalam nada sinis. Selain itu, Guan Eng sengaja buat perbandingan antara 2019 dengan 2009.

Ini kerana beliau mahu menyembunyikan fakta bahawa antara tahun 2009 sehingga 2017, kebergantungan kerajaan Barisan Nasional pada waktu tersebut kepada hasil petroleum telah berkurangan drastik iaitu hanya 15.7 peratus.

“Pada tahun 2018 pula selepas PH perintah Malaysia, ianya kembali meningkat kepada 21.7% dan tahun 2019 pula terus meningkat kepada 30.5%,” jelas Shahril Suffian bongkar muslihat Guan Eng. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Lim Guan EngShahril Sufian Hamdan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd