• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokoh PAS Antara 3,000 Hadir Sokong Calon BN

oleh
12/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSATU… Ramai pemimpin PAS turut hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bagi beri sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), pagi ini.

Antara tokoh parti tersebut yang kelihatan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan, menurut laporan media tempatan.

Mereka berdua berarak bersama penyokong BN bagi mengiringi calon BN, Ramli Mohd Noor, menuju ke pusat penamaan di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata.

Ketika pusat penamaan calon dibuka jam 9 pagi tadi, calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH), M Manogaran, paling awal memasuki dewan penamaan calon diikuti calon BN.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di ibu negara batal kemenangan Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 selepas memutuskan konon ada amalan rasuah untuk pengaruhi pengundi.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini. Terdahulu kira-kira 3,000 penyokong dan jentera BN mula memenuhi Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands di sini seawal jam 8 pagi.

Laungan ‘Hidup BN’ malah bergema iringi perarakan calon ke pusat penamaan yang terletak bersebelahan dengan padang awam tersebut bagi memberikan sokongan penuh kepada calon parti.

Sebelum perarakan, dimulai dengan bacaan doa memohon agar segala urusan dipermudahkan serta diberi kejayaan kepada BN untuk terus kekal mempertahankan kerusi kubu tradisi parti berkenaan.

BN menampilkan calon langsungnya bukan atas keahlian mana-mana parti komponen, Ramli, 61, untuk menentang calon kitar semula PH, M.Manogaran dan dua calon bebas yang lain.

Ramli, bekas Penolong Pesuruhjaya Polis merupakan anak tempatan dari masyarakat pribumi dari suku Semai, di mana kaum Orang Asli mewakili 22 peratus pengundi di Cameron Highlands.

Ramli diiringi beberapa pemimpin tertinggi parti termasuk Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-naib Presiden UMNO dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tidak ketinggalan ialah Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua-ketua Sayap Pergerakan dan kepimpinan tertinggi parti komponen menuju ke pusat penamaan calon jam 9 pagi tadi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron HighlandsPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd