• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Kakitangan 20 Bank Naik 10 Hingga 12 %

oleh
10/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 20,000 kakitangan bank yang terdiri daripada kategori perkeranian dan bukan perkeranian daripada 20 bank akan menerima pelarasan gaji antara 10 hingga 12 peratus, kata Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Presiden MCBA, Nora Abd. Manaf berkata, pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2018 dan kakitangannya akan menerima pelarasan gaji mereka menjelang akhir bulan ini.

“Kami mempunyai 20 bank, oleh itu ia terserah kepada mereka, tetapi saya yakin ia akan dilakukan menjelang akhir bulan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian kolektif (CA) baharu untuk tempoh 1 Januari 2018 hingga 30 Disember 2020.

Beliau juga berkata, kos elaun hidup yang kena dibayar dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Selain daripada pelarasan gaji, gaji permulaan bagi kumpulan pekerja yang berbeza yang diliputi oleh CA akan meningkat sebanyak 12 hingga 16 peratus dengan gaji maksimum dinaikkan sebanyak 16 peratus.

“Satu lagi faedah penting di bawah CA baharu itu ialah semua bank ahli telah bersetuju untuk memberikan kadar faedah sifar peratus untuk pinjaman perumahan pertama kakitangan RM100,000 mulai 1 April 2019,” katanya.

“Manfaat ini akan meningkatkan pendapatan boleh dibelanja pekerja, terutama kategori B40 (bawah 40 peratus pendapatan isi rumah ) dan juga akan menyokong usaha kerajaan meningkatkan pemilikan rumah di kalangan masyarakat berpendapatan rendah,” katanya.

Selain pelarasan gaji, CA baharu itu juga akan menyediakan peningkatan kepada manfaat pekerjaan sedia ada, dengan peningkatan nilai kewangan antara 10 dan 50 peratus.

“Faedah-faedah yang sedia ada ini direka untuk meliputi pelbagai perkara yang memenuhi keperluan pekerja pada peringkat kehidupan yang berbeza, seperti 10 hari bekerja untuk cuti perkahwinan, bayaran balik caj bersalin hingga RM1,500 untuk dua kali bersalin dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, CA baharu itu dimuktamadkan secara harmoni antara bank dan pasukan rundingan kesatuan.

“NUBE bangga dengan ahli-ahlinya yang banyak memberi sumbangan kepada keuntungan bank dan dalam aspek ini, kami berharap untuk memanfaatkan hubungan yang baik dan berusaha ke arah mewujudkan keadaan pekerjaan yang lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bankkenaikan gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd