• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Didakwa Rasuah Bina Banglo Hampir Setengah Juta

oleh
10/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perak Corporation Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM455,660 bagi projek pembangunan rumah banglo miliknya dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Aminuddin Md. Desa, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Aminuddin didakwa menerima pembayaran bagi kerja-kerja pembinaan rumah banglonya di Hulu Kinta di sini berjumlah RM455,660 daripada seorang pengarah syarikat pembinaan yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi melibatkan Kontrak Cadangan Kerja-kerja Infrastruktur Utama dan lain-lain di bandar Meru Raya 2 di sini.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh yang merupakan penjawat awam ketika itu di Public Bank Jalan Sultan Idris di sini antara 17 Januari hingga 3 Julai 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam bela, Najmi Dawami Abd. Hamid.

Farah Yasmin mencadangkan wang jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh.

Terdahulu, Najwi Dawami dalam rayuan kepada anak guamnya memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan tertuduh memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM.

“Anak guam saya juga memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang dia menjadi penjawat awam dengan tiada rekod jenayah yang dilakukan selain menanggung tujuh orang anak,” katanya.

Indra Nehru kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan dia perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat tambahan. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Mahkamah menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd