• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umur Bukan Ukuran Sara Ali Cintai Lelaki Lebih Muda

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Sara Ali memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan muda bernama John Shaqeel, 22.

Sara atau nama Siti Sarah Hairi Ali, 25, berkata biarpun tiga tahun lebih tua daripada lelaki tersebut, ia bukan sesuatu yang ukuran untuk mereka bercinta.

“Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain.

“Dia lebih muda daripada saya, namun bagi saya umur bukan suatu masalah atau ukuran yang penting kami serasi bersama,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Sara berkata, dia masih belum mempunyai perancangan untuk mengikat tali pertunangan atau mendirikan rumah tangga dalam tahun 2015 ini.

“Buat masa ini belum lagi ada perancangan kearah itu, dan kami masing-masing sibuk untuk membina kerjaya dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan kerjaya, Sara yang tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) mengakui kontroversi yang melanda tahun lalu membantu kerjaya seninya.

Dia menganggap kontroversi tersebut sebagai publisiti yang sedikit sebanyak mengangkat namanya dalam industri hiburan tanah air.

“Kontroversi yang datang kepada saya satu persatu sejak tahun lalu langsung tidak menjejaskan kerjaya saya sebagai pelakon. Alhamdulillah rezeki saya semakin baik, peminat juga masih menyokong saya.

“Saya percaya berita baik atau buruk kepada seseorang artis adalah publisiti percuma, terima kasih juga kepada yang menaikan nama saya dengan cara itu,” ujarnya

Jelas Sara, tahun 2015 ini akan memperlihatkan kerjaya lakonannya semakin berkembang dengan kerjasama beberapa pelakon dan pengarah hebat tanah air.

Dia bersyukur menerima tawaran-tawaran untuk bekerjasama dengan nama-nama besar yang mampu memberi pengetahuan kepadanya dalam bidang seni lakonan.

“Rezeki yang datang memang tidak boleh dijangka, pada awalnya saya hanya ingin mengumpul portfolio sahaja untuk berlakon dengan pengarah yang bagus dan pelakon-pelakon bagus, namun selepas itu tawaran yang datang semua yang saya impikan.

“Mula-mula saya berlakon dengan Fahrin Ahmad, kemudian saya dapat berlakon dengan Remy Ishak dengan pengarah Jamal Khan, selepas itu saya dapat berlakon dengan Beto Kusyairi dan Sabri Yunus pula.

“Ada lagi projek besar akan datang yang saya tidak boleh umumkan, semuanya berjalan dengan baik,” ujarnya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=Owh7B__reqs

Tags: pelakonSara Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd