• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuran PIBG Tidak Sepatutnya Dipertikai

oleh
08/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia dipersetujui dalam mesyuarat persatuan itu di sekolah masing-masing, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr. Mohamad Rafie Ab Malek.

Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan berkata, jumlah bayaran yuran PIBG yang ditetapkan adalah persetujuan bersama di antara ibu bapa dan guru.

“Sebenarnya kutipan yuran PIBG ditentukan dalam mesyuarat persatuan itu di sekolah yang membabitkan ibu bapa dan guru. Cuma, malangnya kemungkinan dalam kebanyakan mesyuarat PIBG, ramai juga ibu bapa yang tidak hadir…itu yang menjadi masalah.

“Harapan saya ialah kalau boleh ibu bapa juga hadir dalam mesyuarat PIBG untuk bersama-sama memberi pandangan. Malah, dalam mesyuarat PIBG boleh untuk mengurangkan yuran PIBG sekali pun. Maka dengan itu segala masalah berkaitan tentang jumlah bayaran yuran dan sebagainya boleh dibincangkan secara bersama…itu adalah lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra mengedarkan kalender 2019 kepada orang ramai di Pasar Tani Ampangan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai rungutan sesetengah ibu bapa tentang yuran PIBG sekolah yang dikatakan membebankan mereka (ibu bapa).

Katanya, kebiasaannya yuran PIBG dikenakan untuk satu keluarga, satu yuran, tetapi ada juga PIBG mengenakan yuran tersebut mengikut bilangan anak yang bersekolah.

Bagaimana pun, katanya ini bergantung kepada persetujuan dalam mesyuarat PIBG berkenaan. – BERNAMA

Tags: Mohamad Rafie Ab MalekPIBGyuran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

600 Pelajar Palestin Universiti Awam Dikecualikan Yuran

600 Pelajar Palestin Universiti Awam Dikecualikan Yuran

15/11/2023
0

SEPANG : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pengecualian bayaran yuran pengajian kepada lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd