• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Sipitang Angkat Sumpah Jawatan

oleh
07/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis angkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof di dalam Kamar Khas bangunan Parlimen.

Yamani Hafez merupakan ahli Parlimen ke-222 dan terakhir mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat selepas lebih lapan bulan tidak kelihatan sebaik saja tamat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lepas.

Sebelum ini, beliau telah diberikan surat peringatan untuk tampil mengangkat sumpah segera atau berdepan hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen jika gagal berbuat demikian selepas tempoh ditetapkan pada 15 Januari.

Sementara itu, dalam ucapan pemasyhuran beliau sebagai ahli Parlimen, Mohd Ariff mengucapkan sekalung tahniah dan berharap Yamani Hafez melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan terhormat kepada negara.

Wartawan dan jurukamera media yang hadir membuat liputan, bagaimanapun dihalang oleh petugas Parlimen untuk mendapatkan reaksi ahli Parlimen Sipitang itu dan mereka diarahkan beredar dari kawasan pekarangan Kamar Khas berkenaan. – BERNAMA

Tags: SipitangYamani Hafez Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Memo Akhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez

05/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen...

Sipitang Berpotensi Jadi Satu Lagi Kawasan Perindustrian Di Sabah

21/10/2018
0

SIPITANG - Sipitang tidak lama lagi akan mempunyai pelan rangka tindakan pembangunannya sendiri untuk memacu pembangunan sosio-ekonomi seiring dengan pelan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd