• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar Memo Akhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen Sipitang itu segera hadir bagi mengangkat sumpah jawatan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata Yamani Hafez perlu segera berbuat demikian sebelum hilang kelayakan.

“Beberapa surat peringatan mengangkat sumpah telah dihantar sebelum ini namun tiada maklum balas daripada anggota Parlimen itu. Kita telah tulis surat kepada beliau (Yamani Hafez) dan beri tarikh yang sesuai bukan sahaja untuk dia tetapi Parlimen juga. Terpulang kepada Sipitang.

“Yang terbaharu setakat ini beliau tidak jawab lagi. Kita sudah hantar beberapa surat peringatan dan akan keluarkan surat peringatan terakhir tidak beberapa lama lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Mohamad Ariff berkata Yamani Hafez ada meminta untuk mengangkat sumpah menerusi persidangan video namun ditolak kerana tiada peruntukan sedemikian dalam peraturan Dewan Rakyat.

Berdasarkan pengiraan enam bulan bermula hari pertama mesyuarat pertama Dewan Rakyat, Yamani Hafez perlu mengangkat sumpah jawatan sebelum pertengahan Januari depan.

Menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, seseorang anggota Parlimen yang dipilih perlu mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama.

Hari pertama persidangan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 ialah pada 16 Julai lalu yang menyaksikan 220 daripada 222 anggota Parlimen mengangkat sumpah jawatan.

Yamani Hafez, 39, yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, gagal berbuat demikian sehingga kini, malah dilaporkan keberadaannya juga tidak diketahui. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahYamani Hafez Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd