• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak, Menantu EXCO Terengganu Terbabit Kemalangan

oleh
06/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Anak dan menantu kepada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh terbabit dalam kemalangan di Kilometer 371.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Norhisyam Iskandar Mamad, 35, tidak cedera, manakala isterinya Mazrin Nur Mohd Ali, 33, cedera di kepala dan badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Mazda yang dipandu Norhisyam dari arah Bukit Besi ke Ajil dipercayai terbabas ketika hujan lebat.

Berikutan itu, kereta mangsa dikatakan beberapa kali berpusing sebelum merempuh penghadang kiri lebuh raya.

Ketika kejadian, pasangan suami isteri terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah mereka di Hulu Terengganu.

Pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian berusaha membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa daripada kenderaan yang remuk itu.

Berikutan kejadian itu, Mazrin Nur yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Norhisyam yang bertugas sebagai doktor kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kedua-dua pemandu dan penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan serius biarpun keadaan kereta mangsa rosak teruk. – BH Online

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd