• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terbukti Lebih Baik Daripada PH

oleh
05/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan dasar diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat lebih teruk berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO sebelum ini.

Timbalan Presiden UMNO yang turut jalankan tugas Presiden parti itu berkata, apa yang dilakukan oleh BN adalah lebih baik berbanding PH yang dilihat hanya menukar nama setiap polisi dan kaedah yang dilaksanakan tersebut.

“Mana lagi teruk, yang dituduh gagal selama 61 tahun ke atau hanya tukar nama je apa-apa yang pernah dikutuk dulu?” soal beliau merujuk senario politik semasa ketika ini setelah lebih tujuh bulan PH ‘tawan’ Putrajaya.

“Sebangsat-bangsat UMNO, sehina-hina UMNO dan seburuk-buruk UMNO yang dicaci adalah lebih baik dari PH sekarang,” kata Mohamad lagi menerusi hantaran dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut berkongsi satu karikatur sindiran yang bertajuk ‘Kerajaan PH… Copy & Paste’  dengan dua gambar memaparkan perbezaan tindakan pemimpin PH.

Sementara itu, hantaran Mohamad itu turut mendapat maklum balas banyak pengguna akaun Twitter yang lain termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Armada PPBM.

Ahli Parlimen Muar itu menerusi balasannya berkata, walaupun terdapat kelemahan tetapi PH akan terus komited kepada rakyat dan  menyenaraikan beberapa langkah telah diambil yang dilihat tidak dilakukan semasa zaman BN.

Beberapa langkah tersebut termasuklah kononnya ada pengisytiharan aset menteri dan wakil rakyat, membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan melaporkannya ke Parlimen serta proses tender yang adil terbuka.

Menurut Syed Saddiq, media juga kini didakwa konon adalah lebih bebas, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan serta harga minyak distabilkan dan kadar inflasi terendah di rantau Asia Tenggara.

“Ada kelemahan tetapi kita komited kepada rakyat, kita akan usahakan lagi,” katanya yang sebelum ini dikritik netizen kerana aksi pembalut luka di pipi seperti drama lakonan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd