• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Ruang Pimpin Kerajaan Selama Tempoh Disetujui

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang dipersetujui.

 

Beliau berkata perdana menteri mendapat sokongan padu Pakatan Harapan.

 

“Berjumpa dengan PM @chedetofficial (Mahathir) selama sejam. Tun M mesti diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang telah kami persetujui.

 

“Beliau mendapat sokongan padu PH,” kata beliau menerusi mesej twitter serta memuat naik gambar bersama Mahathir, hari ini.

 

Ahad lepas, Mahathir mengulangi bahawa beliau perlu akur kepada janjinya untuk hanya berkhidmat sebagai perdana menteri sementara meskipun terdapat gesaan supaya beliau terus menyandang jawatan itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

 

Anwar turut mendedahkan bahawa beliau dan Dr Mahathir mempersetujui strategi yang sama berhubung isu Singapura selain memberi tumpuan terhadap ekonomi lebih-lebih lagi berkaitan kemiskinan dan ketidaksamaan.

 

Anwar yang dinamakan sebagai pengganti Mahathir berkata beliau turut berkongsi dengan Mahathir tentang pertemuannya baru-baru ini dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte serta meminta nasihat perdana menteri berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri India Narendra Modi minggu depan.- BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengambil tindakan bersama pihak berkuasa susulan penularan beberapa rakaman video...

Pemimpin DAP Mahu Belanjawan 2027 Tambah Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera Supaya Adil Dan Saksama

Pemimpin DAP Mahu Belanjawan 2027 Tambah Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera Supaya Adil Dan Saksama

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan menyediakan peruntukan tambahan kepada golongan bukan Bumiputera bersamaan 10 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd