• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Kena Biar Mahathir Kekal Jadi PM

oleh
02/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINIS… Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran biar sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri sehingga selesai tugasnya, jika benar Presiden PKR itu berjuang atas dasar reformasi.

Saranan sindiran itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas isu jawatan Perdana Menteri yang menjadi pertikaian dalam kalangan parti gabungan Pakatan Harapan (PH), sejak kebelakangan ini.

Pada Perhimpunan Agung Tahunan keli ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Putrajaya minggu lalu, Mahathir dicadangkan perwakilan terus menjadi Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Ini sekali gus bakal membolehkan Pengerusi PPBM dan juga PH itu tidak perlu serah jawatan ketua kerajaan kepada Anwar bagi tempoh genap lima tahun penggal Dewan Rakyat berakhir sebelum PRU yang akan datang pada 2023.

Laporan awal menyatakan pemimpin PH ketika bentuk gabungan parti itu dan dalam perjanjian kerjasama mereka untuk guling Barisan Nasional (BN) telah tetapkan Mahathir hanya akan jadi Perdana Menteri selama dua tahun.

Beliau kemudian akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar. Namuun, Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah semalam dipetik sebagai berkata, tempoh Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan.

Ini termasuk dalam mesyuarat Majlis Presiden PH sendiri. Sebaliknya beliau mendakwa kononnya PH cuma buat keputusan bahawa Anwar hanya akan diangkat kepada jawatan tertinggi berkenaan selepas Mahathir bersara.

“PH cuma mempunyai keputusan dan perjanjian bahawa selepas Tun M (Mahathir), Anwar adalah perdana menteri yang seterusnya. Kita tidak pernah bincangkan tempoh tertentu kerana mereka berdua saling faham-memahami.

“Malahan mereka (Mahathir dan Anwar) juga adalah tokoh besar yang seharusnya dapat menentukan waktu terbaik untuk peralihan kuasa dan sebagainya,” kata Saifuddin yang juga Menteri Luar di Kuantan, Pahang semalam.

Tetapi, Mahathir ketika ulas isu itu selepas perhimpunan agung PPBM beberapa hari lalu, menegaskan bahawa beliau akan berpegang kepada janji dan tidak berhasrat duduki kerusi nombor satu negara itu melebihi dua tahun.

Ini kononnya disebabkan faktor usia, walaupun rakyat negara ini berkeras meminta beliau untuk terus kekal sebagai perdana menteri bagi memastikan PH tidak tumbang kepada Barisan Nasional diterajui UMNO selepas ini.

Bagaimanapun mengulas dengan lebih lanjut, Annuar berkata, kestabilan politik adalah asas penting kepada usaha reformasi sebenar di negara ini berbanding perbincangan mengenai siapakah calon perdana menteri seterusnya.

“Sekiranya Anwar benar komited pada usaha reformasi, izinkan sahaja Perdana Menteri meneruskan usahanya sehingga tamat,” kata Annuar menerusi hantaran Twitter miliknya, hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Annuar MusaAnwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd