• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Jamin Tiada Kes Lambakan Pelajar

oleh
02/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAMIN… Tiada berlaku lambakan pelajar di sekolah harian susulan dasar Kementerian Pendidikan yang beri keutamaan golongan berpendapatan rendah (B40) di sekolah berasrama penuh (SBP).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika beri jaminan tersebut berkata, lambakan pelajar tidak menjadi isu kerana setiap sekolah mempunyai kuota kemasukan masing-masing seperti ditetapkan selama ini.

“Polisi kita pada kali ini adalah mengembalikan semangat SBP yang kalau dulu kita lihat memberi ruang kepada golongan miskin luar bandar dan dari keluarga kurang berkemampuan.

“Tetapi mutakhir ini, ia telah menjadi sekolah elit kerana ramai anak orang kaya pun pergi sekolah asrama penuh dan akhirnya anak kurang kemampuan tidak dapat peluang,” kata Maszlee.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas tinjauan hari pertama sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 14(1) di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, Maszlee menjelaskan, pelajar cemerlang akan sentiasa berjaya di mana-mana sekolah walaupun tidak mendapat tempat di SBP.

Katanya, mereka mempunyai rekod cemerlang namun sebaliknya tidak dapat memasuki sekolah berasrama, pelajar berkenaan mampu meraih pencapaian sama ada di dalam bidang akademik dan korikulum.

“Mengikut pengalaman, saya lihat pelajar cemerlang walaupun di sekolah kampung (luar bandar), pun akan cemerlang.

“Insya-Allah mana jua sekolah pelajar masuk, mereka akan berjaya dengan berkat didikan guru dan ibu bapa,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

–

Tags: Maszlee Malik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd