• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Medicare, CUEPACS Jelajah Pantai Timur MyCuepacsCare

oleh AK-47
01/01/2019
dalam Advertorial, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) akan menganjurkan siri Jelajah Pantai Timur Program Usahawan MyCuepacsCare (MyCuepacsCare) di Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari bermula 18 Januari ini.

Pengarah Urusan Medicare, K. Palanisamy berkata, lokasi pertama jelajah itu adalah di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Januari sebelum diteruskan di Kuala Terengganu, Terengganu (19 Januari) dan Kuantan, Pahang (20 Januari).

Beliau berkata, program kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dunia keusahawanan selain mempromosi produk takaful penjawat awam CuepacsCare dan CuepacsPA.

“Kami menyasarkan kira-kira 300 peserta hadir sepanjang tiga hari program jelajah di tiga negeri tersebut. Program ini memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan tambahan terutama kepada pesara kerajaan yang masih mahu aktif dalam pasaran kerja.

“Ketika ini permintaan kakitangan kerajaan terhadap perlindungan CuepacsCare dan CuepacsPA amat tinggi di Pantai Timur. Program ini boleh membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan selain mempromosi CuepacsCare dan CuepacsPA di kawasan tersebut,” katanya.

Menurut Palanisamy, orang ramai yang mahu menyertai Jelajah Pantai Timur MyCuepacsCare boleh menghubungi talian 03-3370 1778 atau layari laman facebook www.mycuepacscare.my.

Dalam pada itu, Palanisamy berkata, CUEPACSCare merupakan program kerjasama CUEPACS bagi memastikan setiap penjawat awam dan ahli keluarga memiliki perlindungan tambahan untuk waktu kecemasan pada kadar yang mampu.

Jelas beliau, ketika ini sejumlah 80,000 penjawat awam telah menyertai program takaful tersebut dan ruang yang ada boleh dimanfaatkan oleh wakil pemasaran untuk memasarkan kepada 1.6 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara.

“Permintaan terhadap CUEPACSCare sangat tinggi kerana pada harga serendah RM32 sebulan untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga, penjawat awam boleh mendapat manfaat rawatan di lebih 70 hospital pakar swasta seluruh negara.

“Selain itu, kita turut mempunyai takaful kemalangan diri CUEPACS PA pada harga serendah RM6 sebulan dengan nilai pampasan RM220,000. Justeru itu, ia adalah peluang terbaik untuk wakil pemasaran menjana pendapatan,” katanya.

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd