• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Rusia Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kedutaan Rusia Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedutaan Persekutuan Rusia di Malaysia merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi media sosial, kedutaan itu menyifatkan Tun Dr Siti Hasmah sebagai seorang tokoh Malaysia yang amat dihormati dan telah mendedikasikan kehidupannya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham yang merupakan seorang doktor terkemuka serta tokoh masyarakat dikenang kerana sifat penyayang, rendah hati dan komitmennya terhadap kesejahteraan orang ramai.

“Tun Dr Siti Hasmah merupakan seorang rakyat Malaysia yang sangat dihormati yang mengabdikan kehidupannya untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia,” menurut kenyataan berkenaan.

Kedutaan Rusia turut mengenang sumbangan Allahyarham dalam bidang kesihatan awam selain penglibatannya dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan dan sosial yang disifatkan sebagai sebahagian daripada legasi kekalnya.

Pada masa sama, kedutaan berkenaan menyampaikan rasa simpati kepada suami Allahyarham, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat handai.

“Semoga kenangan terhadap Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kehidupan beliau yang penuh dengan khidmat serta sumbangannya kepada Malaysia terus dihargai selama-lamanya,” menurut kenyataan itu. — Mynewshub

Tags: Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Zahir Takziah Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah

Pemangku Sultan Johor Zahir Takziah Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah

28/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad...

Pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Diberi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Diberi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diberikan taraf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd