• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Mahukan Keadilan Untuk Muhammad Adib

oleh
31/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.

Ketua Pengarah JPBM Datuk Muhamad Hamdan Wahid berkata jabatan itu juga tidak mahu ada halangan dalam usahanya memperjuangkan keadilan untuk Muhammad Adib.

“Kita tunggu inkues, macam mana perjalanannya kerana telah ditetapkan (kes Muhammad Adib) dibuat sebagai inkues.

“Kita berdoa keadilan dapat dicapai untuk Muhammad Adib,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau melawat dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu yang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan semasa operasi memadamkan kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheng malam tadi.

Muhammad Adib, 24 meninggal dunia pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara, selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa susulan kecederaan parah yang dialami akibat diserang dan dipukul kumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada penghujung bulan lepas.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilaporkan berkata inkues akan diadakan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib selepas Peguam Negara Tommy Thomas mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk polis.

Sementara itu, Muhamad Hamdan berkata dua anggota bomba yang cedera terbabit ialah Nurulhashima Affandi, 25 yang mengalami tisu koyak di bahagian kaki serta cedera di beberapa bahagian badan dan Nornikman Mamat, 39 yang cedera ringan.

Kedua-duanya sudahpun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan, katanya menambah kedua-dua mereka cedera dihempap dinding pemisah di bahagian bumbung rumah ketika melakukan kerja-kerja penggeledahan selepas api berjaya dipadamkan.

Katanya kebakaran tersebut berlaku kira-kira 10.25 malam dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

Sementara itu, Nuruhashima berkata kejadian berlaku ketika beliau menaiki tangga ke tingkat satu untuk memeriksa tingkat atas rumah berkenaan.

“Ketika saya berada di atas tangga, tiba-tiba ketulan batu daripada dinding atas pemisah rumah runtuh dan menimpa saya. Sebahagian daripada runtuhan menutupi badan dan ketika itu juga seorang lagi rakan setugas ditimpa sewaktu cuba membantu saya,” katanya yang berkhidmat selama enam tahun di BBP Jalan Kubu. – BERNAMA

Tags: Muhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd