• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petunjuk Ekonomi Sangat Menggalakkan – Guan Eng

oleh
31/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petunjuk ekonomi sangat menggalakkan walaupun ekonomi sangat menggalakkan walaupun kerajaan Pakatan Harapan masih baru, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Antara lain, beliau berkata pelaburan langsung asing Malaysia meningkat sebanyak 250 peratus kepada RM49 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018 manakala eksport mencatat rekod apabila meningkat ke paras RM96.4 bilion.

Inflasi pula rendah pada 1.2 peratus dalam tempoh Januari-September 2018, kata Lim.

“Kita wajar mengambil perhatian bahawa keadaan ekonomi global menghadapi cabaran yang lebih teruk berbanding dengan yang kita hadapi di Malaysia dan oleh itu, kita yakin jika rakyat bersatu padu, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, kita akan menjadi kuat dan stabil sebagai sebuah negara dalam menangani semua cabaran ekonomi masa depan,” katanya dalam ucapan Tahun Baharu 2019 menerusi Facebook Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Beliau berkata kerjaan Pakatan Harapan mahu memenuhi aspirasi rakyat sebaik mungkin.

Lim berkata kerajaan berhasrat untuk menambah baik skim kebajikan seperti Dana Perlindungan Kesihatan, yang membolehkan individu dalam segmen B40 yang dimasukkan ke hospital kerajaan memohon pembayaran sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari setahun atau bersamaan RM700.

“Kesejahteraan ekonomi rakyat akan terus ditekankan oleh kerajaan, dan kerajaan akan terus memberi bantuan kepada peneroka Felda, penoreh getah, dan mereka yang bekerja di bandar-bandar kecil dan bandar-bandar.

“Kami adalah kerajaan untuk semua warga Malaysia. Tahun baharu perlukan aspirasi baharu untuk semua, dan marilah kita bersama-sama menjadikan 2019 sebagai tahun untuk Malaysia pulih selain memberi cahaya harapan untuk anak-anak kita. Selamat Tahun Baharu 2019,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd