• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Tingkat Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

oleh Cj Mnh
27/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia telah mempertingkat status berjaga-jaga berkaitan Gunung Berapi Anak Krakatau dan memperluas zon larangan selepas letusan gunung berapi itu mencetuskan fenomena tsunami di kawasan pesisir Selat Sunda yang meragut 430 nyawa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan para pegawai agensi bencana pada Khamis.

Tahap bahaya telah dinaikkan kepada kedua tertinggi daripada ketiga tertinggi manakala zon pemindahan diperluas kepada lima kilometer dari kawasan kawah gunung berapi berbanding dua kilometer sebelum ini, kata jurucakap agensi pengurusan bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Beliau berkata letusan gunung berapi itu pada 22 Disember telah mengakibatkan tanah runtuh yang memuncak dengan kenaikan permukaan laut dan memuntahkan lava ke dalam air laut.

Oleh itu, pihak berkuasa telah menggesa orang ramai agar menggunakan topeng.

Ahli volkanologi berkata gunung berapi itu telah mengalami letusan jenis “stromboli” sejak Julai, yang bermaksud aktiviti gunung berapi tersebut sering menghasilkan letusan sederhana .

Ahli volkanologi dan pihak berkuasa pengurusan bencana telah memberi amaran kepada komuniti setempat dan pelancong agar tidak memasuki kawasan pantai dalam lingkungan satu kilometer di sepanjang Selat Sunda susulan kebimbangan berlaku fenomena tsunami yang kedua.

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

Tsunami pada Sabtu telah memusnahkan sejumlah 312.75 kilometer kawasan pesisir di wilayah-wilayah Banten dan Lampung.

Kebanyakan mangsa telah dipindahkan dari beberapa pusat peranginan dalam daerah Pandglang di wilayah Banten, dan sekurang-kurangnya 1,495 orang cedera, menurut agensi pengurusan bencana.

Imej satelit mendedahkan bahawa kebanyakan kawasan lereng Anak Krakatau runtuh sejurus sebelum tsunami manakala agensi meteorologi dan geofizik Indonesia berkata lereng yang runtuh meliputi kawasan seluas 64 hektar serta menyebabkan berlaku insiden tanah runtuh di bawah air.

Anak Krakatau adalah antara 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia dan terletak di atas zon terdedah kepada bencana gempa bumi dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik. – BERNAMA

Tags: berjaga-jagagunung berapi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd