• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Bayar RM93 Juta Pampasan Nahas Kenderaan

oleh Cj Mnh
26/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM93.57 juta bayaran pampasan bagi kemalangan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja disebabkan kenderaan bermotor dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Perkeso dalam kenyataan kepada Bernama berkata jumlah tersebut adalah bagi faedah hilang upaya sementara berdasarkan 25,219 kes yang diterima dengan purata pembayaran faedah sebanyak RM3,710 bagi setiap kes.

“Berbanding tahun lalu bagi tempoh yang sama, Perkeso membayar RM94.53 juta bagi 26,637 kes dengan purata bayaran setiap kes adalah RM3,550,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Katanya untuk kemalangan maut dan non-fatal (tidak maut), Perkeso turut membayar faedah sebanyak RM169.08 juta bagi kes hilang upaya sementara manakala RM421.86 juta bagi hilang upaya kekal dan bagi faedah orang tanggungan, Perkeso membayar sebanyak RM240.07 juta.

“Justeru, menerusi Skuad Perkeso Prihatin, kita akan secara berterusan bertindak lebih proaktif bagi membantu pencarum yang terlibat dalam sesuatu kemalangan. Ini termasuklah mempercepatkan pembayaran faedah bagi mengurangkan beban pencarum atau waris yang terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Sementara itu, sektor pentadbiran awam dan pertahanan serta aktiviti keselamatan wajib terus menjadi kumpulan paling banyak menerima faedah bagi hilang upaya sementara sepanjang tempoh tersebut tahun ini iaitu RM60.51 juta.

Antara sektor lain yang menerima jumlah faedah tertinggi adalah pembuatan (RM42.04 juta), pembinaan (RM22.41 juta) dan perdagangan (RM19.83 juta).

“Tahun lalu, sektor pentadbiran awam dan pertahanan serta aktiviti keselamatan wajib mendapat faedah RM64.41 juta, pembuatan (RM44.08 juta), pembinaan (RM23.94 juta) dan perdagangan (RM23.53 juta),” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: pampasanPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

12/09/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak RM62.57 juta bayaran pampasan setakat ini sudah diberikan kepada pemilik dan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula Kampung...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd