• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Emas Maut Selepas Bertengkar

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai terjatuh lalu terhantuk ke dinding ketika bertengkar dengan seorang lagi wanita di pangsapurinya di Kepong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata polis yang menerima panggilan kira-kira 9.50 pagi bergegas ke tingkat lima pangsapuri berkenaan dan mendapati mangsa, 65, dalam keadaan terbaring dan berdarah di bahagian kepala di anjung rumahnya.

Beliau berkata mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Selayang.

“Siasatan awal mendapati telah berlaku pertengkaran dan tolak-menolak antara suspek berusia 60 tahun dengan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shanmugamoorthy berkata pihaknya telah menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis kini sedang menyiasat hubungan antara suspek dan mangsa serta tujuan suspek berada di rumah berkenaan ketika kejadian. – BERNAMA

Tags: mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd