• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anih Siasat Kes Staf Gerai R&R Pukul Pemandu Bas

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menyiasat kejadian pergaduhan yang dikatakan antara kakitangan gerai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini, dengan seorang pemandu bas ekspres yang tular di laman sosial.

Anih Berhad menerusi kenyataan media di sini hari ini, berkata kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib sewajarnya mengikut prosedur tetap operasi syarikat, jika didapati bersalah.

“Tindakan kakitangan itu merupakan tingkah laku peribadi dan tidak melambangkan atau menggambarkan prinsip syarikat.

“Syarikat tidak bertolak ansur terhadap sesiapa yang terlibat dengan kejadian yang boleh menggugat kesejahteraan dan keselamatan pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Anih Berhad yang kesal dengan kejadian itu menegaskan jaminan keselamatan dan ketenteraman awam pengguna adalah keutamaan mereka.

Rakaman video selama seminit 48 saat itu yang tular hari ini, menunjukkan pergaduhan antara kakitangan R&R terlibat dengan seorang pemandu bas ekspres yang dikatakan berlaku pada pukul 1.30 pagi, semalam.

Punca pergaduhan dipercayai akibat pemandu bas mengugut mahu melempang seorang pelayan yang menggunakan bahasa kesat terhadapnya, menyebabkan dia dipukul oleh beberapa individu selepas selesai minum.

Anih Berhad menambah mereka difahamkan pemandu bas berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, dekat sini pada pukul 5 pagi semalam. – BERNAMA

Tags: Anih Berhadpemandu bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd