• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Curi Telefon Di Chukai

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Seorang lelaki diburu polis selepas melarikan sebuah telefon bimbit di sebuah kedai menjual alat telekomunikasi di bandar ini, Rabu lalu.

Berikutan itu, polis meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata perbuatan suspek mencuri telefon itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.

Beliau berkata, suspek masuk ke kedai terbabit kira-kira jam 7.15 petang dan berpura-pura untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung berharga RM469 di premis terbabit.

“Pekerja wanita itu kemudiannya mengambil telefon di dalam almari pameran yang diminta suspek untuk melihatnya.

“Suspek yang dianggarkan berusia 30-an itu kemudian berpura-pura melihat telefon berkenaan sebelum bertindak melarikan diri bersama telefon bimbit itu,” katanya.

Mohd Said berkata, susulan kejadian pemilik kedai terbabit membuat laporan di Balai Polis Chukai jam 4 petang keesokan harinya untuk tindakan lanjut.

“Polis giat memburu suspek dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi polis,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Kes Curipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd