• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Lelaki Bertali Pusat Ditemui Di Tepi Jalan Di Sik

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam keadaan berbalut tuala putih di tepi jalan di Kampung Bunga, Chepir dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui seorang lelaki, kira-kira pukul 8 pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan menuju ke dusun miliknya di kampung terbabit.

“Menurut pengadu, dia terdengar bunyi tangisan bayi sewaktu melalui jalan berhampiran sebuah rumah anak yatim dekat sini, lalu mencari suara itu sebelum menemui seorang bayi yang diselimuti tuala putih, di tepi jalan di situ.

“Pengadu kemudiannya menghubungi jururawat di klinik desa kampung terbabit dan selepas jururawat membuat pemeriksaan, bayi itu hantar oleh pengadu ke Hospital Sik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Abdull Razak berkata, siasatan awal mendapati bayi seberat 2.2 kilogram itu berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan atau masalah kesihatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi),” katanya. – BERNAMA

Tags: bayitepi jalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd