• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam tindakan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk membantu orang bukan Islam untuk membina atau melakukan kerja-kerja pembaikan rumah ibadat mereka.

“Tahun ini RM20 juta diperuntukkan kepada UNIFOR dan saya percaya ramai yang mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang anda tidak temui di negeri-negeri lain. Tahun depan jumlah peruntukan adalah RM30 juta dan saya memberi jaminan kerajaan negeri akan terus menyediakan dana ini jadi lebih ramai akan mendapat faedah pada masa depan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Krismas dan Tahun Baharu di sini hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak adalah negeri yang penduduknya daripada agama berlainan akan turut meraikan sesuatu perayaan itu, kerana ia telah lama menjadi amalan.

“Kita dapat hidup bersama-sama dan antara kita tiada tembok pemisah dalam beragama kerana kita percaya ‘agama anda adalah agama anda dan agama saya adalah agama saya’. Begitulah cara kami di Sarawak selama seratus tahun yang lalu dan akan kekal sedemikian pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk membiayai sendiri pelaksanaan beberapa projek jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air di seluruh Sarawak.

Beliau berkata kebanyakan projek ini akan ditender secara terbuka mulai pertengahan pertama tahun hadapan dan dilaksanakan selepas ditentukan kontraktor yang berjaya.

“Saya telah mengumumkan Bajet 2019 yang terbesar dalam sejarah Sarawak berjumlah RM10.4 bilion dan negeri ini mampu menyediakan peruntukan yang besar kerana kita mengenakan cukai ke atas petroleum dan produk yang berasaskan petroleum dan gas untuk eksport.

“Cukai baharu ini membolehkan Sarawak menyediakan belanjawan yang besar tanpa menggunakan rizab negeri sedia ada. Rizab ini tidak akan disentuh tetapi akan terus diperkukuhkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Opengsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd