• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Ketika Panjat Pokok Manggis

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERUAS – Seorang lelaki maut dipercayai pengsan ketika memanjat pokok manggis di Jalan Besar Kampung Jawa, di Trong di sini pagi ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Amir Hamid berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.47 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai berumur lingkungan 59 tahun diperiksa oleh pasukan perubatan di atas pokok itu sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pihak bomba kemudiannya menurunkan mangsa menggunakan tali dengan teknik ‘lowering’ sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Amir berkata, difahamkan mangsa bersama seorang lagi rakannya memetik buah manggis sejak pukul 8.00 pagi sebelum rakannya beredar ke kebun durian berhampiran dari lokasi kejadian.

“Pokok manggis setinggi tiga meter itu terletak di sebelah rumah rakan mangsa itu. Sebaik rakan mangsa balik dari kebun durian, dia terkejut melihat mangsa dalam keadaan pengsan di atas pokok dan terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya sambil menambah operasi tamat kira-kira pukul 12.43 tengah hari. – BERNAMA

Tags: lelakimaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd