• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Mahu Terus Kekalkan Rentak Kemenangan

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Selepas dua kemenangan dan mengungguli persada Liga Super minggu lepas, Kelantan berazam mahu mengekalkan rentak kejayaan apabila menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.

Kemenangan 2-0 masing-masing ke atas pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Lions XII dalam saingan awal musim telah menguatkan azam pasukan The Red Warriows (TRW) itu untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Kapten TRW, Mohd Badri Mohd Radzi berkata pasukannya mempunyai kelebihan mengutip tiga mata penuh apabila melayan kunjungan pendatang baharu liga, PDRM, di gelanggang sendiri.

“Kita harap penyokong akan datang beramai-ramai untuk memberi semangat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau juga menuntut barisan penyerang pasukannya supaya menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang seperti yang berlaku ketika menentang Lions XII, Ahad lepas.

Mohd Badri memberi amaran bahawa PDRM bukan calang-calang pasukan selepas pasukan itu mampu mengejutkan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0, Sabtu lepas.

“Saya percaya semua pasukan dalam Liga Super muism ini mampu memberi saingan sengit dan oleh itu kita perlu sentiasa berwaspada dan tidak memandangkan remeh mana-mana pasukan lawan,” katanya.

Mohd Badri berkata pasukannya perlu mengawal ketat dua pemain import pasukan PDRM iaitu Ali Ashfaq dan Mohamadou Sumareh.

“Dua pemain itu amat berbahaya dan mereka juga mempunyai pemain kebangsaan seperti Mohd Afif Amiruddin dan Mohd Muslim Ahmad yang berpengalaman selain Nurul Azwan Roya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd