• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wany Hasrita Sebak Rakam Terlalu Memuja

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Wany Hasrita mengakui, tidak dapat menahan sebak ketika merakamkan lagu terbarunya, Terlalu Memuja.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata, hatinya tersentuh kerana lagu ciptaan Sharon Paul, manakala lirik Sirkhan dan Fedtri Yahya itu mempunyai kaitan dengan perjalanan hidupnya.

“Lirik lagu ini begitu dekat di hati kerana saya pernah melalui pengalaman diri tidak dihargai. Namun, saya sudah membuang jauh kenangan yang melukakan itu.

“Ada hikmahnya kerana pengalaman pahit itu banyak membantu ketika di studio rakaman. Apatah lagi, Terlalu Memuja menuntut penghayatan yang mendalam,” katanya.

Dirakamkan pada Oktober lalu, Wany berkata, Terlalu Memuja juga menampilkan sisi berbeza nyanyiannya yang lebih matang dan mencabar.

“Sebelum ini, saya hanya mengikut kehendak pasaran yang lebih menyukai saya menyanyikan lagu yang mendayu-dayu.

“Untuk mencari kepuasan, saya mencabar diri menyanyikan lagu yang lebih berat, sekali gus membawa saya keluar dari ruang selesa.

“Selepas dua tahun menyanyi, saya perlu mencari sisi baharu untuk menyerlahkan kemampuan diri. Sampai bila saya mahu selesa di takuk lama, sedangkan harapan peminat semakin tinggi,” katanya.

Wany berkata, dia menaruh harapan tinggi melihat Terlalu Memuja melangkah jauh, seterusnya membuka semula ruang untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu.

“Masa untuk bermain-main sudah tiada, sebaliknya saya perlu serius bekerja keras memenuhi impian. Saya tidak mahu lagi bakat saya diperkecilkan.

“Tahun depan juga, saya berazam mahu membawa ibu dan ayah menunaikan umrah, selain membeli kediaman sendiri.

“Saya tidak kisah berkorban usia muda untuk membahagiakan ibu dan ayah. Sementara masih diberi Allah kudrat, saya tidak akan berhenti berusaha,” katanya.

Wany berkata, selepas tampil dengan lagu tradisional, Ewah Ewah yang mendapat sambutan positif peminat, dia

bakal merakamkan sebuah lagi lagu genre sama, tahun depan. – BH ONLINE

Tags: penyanyiwany hasrita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd