• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Ismail: FAM Tidak Adil!

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berpuas hati dengan keputusan tidak adil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pasukan yang akan beraksi dalam Piala AFC 2015.

Titah baginda, FAM tidak membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) meminda tarikh perlawanan menentang Selangor daripada 21 kepada 20 Februari dan menentang Sarawak pada 7 kepada 6 Mac 2015.

Bagaimanapun, permohonan pasukan Pahang untuk menunda tarikh perlawanan daripada 1 kepada 2 Mac diluluskan sedangkan alasan JDT dan Pahang dalam permohonan itu sama kerana kedua-dua pasukan terlibat dengan AFC.

“Tanggung jawab FAM adalah mengurangkan beban pasukan bola sepak tanah air dan memberi bantuan sewajarnya kepada yang mewakili negara dalam pertandingan AFC.

“Apakah yang membezakan setiap persatuan negeri sehingga berlaku perkara sedemikian. FAM sepatutnya berlaku adil dan bersikap profesional demi pembangunan bola sepak tanah air,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail bagaimanapun mengakui berada dalam dilema untuk menyuarakan ketidakadilan itu memandangkan baginda dilantik sebagai penasihat kepada Presiden FAM.

Bagaimanapun, baginda perlu bersuara demi profesionalisme dan integriti badan induk bola sepak negara dan menyeru FAM bersikap adil kepada persatuan-persatuan negeri, kelab dan pasukan-pasukan dalam pelbagai isu termasuklah isu penundaan tarikh perlawanan.

“Apabila FAM tidak bersikap konsisten didalam memberi keputusan terhadap sesetengah pasukan bolasepak, ia akan menampakkan keputusan berat sebelah dimata para penyokong bola sepak tanah air,” titah baginda.

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd