• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Vietnam Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga Vietnam ditemukan mati dalam keadaan bogel dengan kesan tikaman di leher, dipercayai dibunuh, dalam kejadian di rumahnya Taman Duku, Juru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mayat Thi Thuong Nguyen, 26, ditemukan di atas sofa ruang tamu rumah sewanya pada pukul 1.35 tengah hari selepas polis memecah masuk rumah untuk membuat pemeriksaan.

Beliau berkata polis menerima maklumat daripada rakan senegara wanita itu memaklumkan mangsa gagal dihubungi sejak semalam dan dia telah pergi ke rumah mangsa untuk membuat pemeriksaan namun rumah teres satu tingkat disewa mangsa sejak empat bulan lepas didapati berkunci.

“Rakannya cuba memanggil wanita itu namun tidak bersahut dan rumah dalam keadaan sunyi walaupun beberapa lampu menyala. Dia yang bimbang sesuatu terjadi kepada kawannya terus menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Katanya sepasukan polis yang membuat pemeriksaan di rumah itu menemui mangsa terbaring dalam keadaan bogel di atas sofa dan terdapat kesan darah serta percikan di dinding serta lantai rumah.

Nik Ros Azhan berkata muka mangsa ditutup dengan kain tuala serta bantal dan pemeriksaan awal oleh doktor mendapati luka pada tangan serta kecederaan lain iaitu tikaman di leher wanita berkenaan.

Beliau berkata mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh dua hingga tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung serta berbau dan mayat wanita itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Pintu dan pagar hadapan rumah itu berkunci namun pintu belakangnya tidak berkunci. Pemeriksaan di sekitar tempat mangsa ditemukan mendapati tiada sebarang kesan pergelutan kerana barang-barang di sekitar tidak berselerak. Polis percayai wanita itu dibunuh oleh suspek dikenalinya,” katanya.

Katanya terdapat satu kamera litar tertutup di bahagian belakang rumah kedai yang menghala ke arah pintu rumah mangsa dan polis akan meneliti rakamannya bagi mengenal pasti suspek terlibat.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kesan tikamanwanita Vietnam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Serbu 2 Apartmen, Tahan Wanita Vietnam Bersama Dadah RM4.9 Juta

Polis Serbu 2 Apartmen, Tahan Wanita Vietnam Bersama Dadah RM4.9 Juta

03/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran dadah didalangi wanita warga Vietnam tumpas hasil serbuan di dua unit kediaman di apartmen berpagar dan...

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

16/06/2024
1

BATU PAHAT : Wanita warga Vietnam didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd