• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Penamaan Calon, Penjumlahan Undi Diubah

oleh
21/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah lokasi Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini berkata Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah akan digunakan untuk tujuan itu, menggantikan Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

“Perubahan ini dilakukan setelah mengambil kira faktor keselesaan dan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam PRK ini,” katanya.

Hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Cameron Highlands ditetapkan pada 12 Jan 2019, manakala hari mengundi awal pada 22 Jan dan hari mengundi pada 26 Jan.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk C Sivarraajh gagal mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan itu adalah terbatal dan tidak sah berikutan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: PRK Cameron Highlands
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Sedia Ambil Alih Bayar Elaun Tok Batin

24/01/2019
0

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya...

PRK: Wan Azizah Ambil Cuti Turun Kempen

23/01/2019
0

KUALA LIPIS - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil cuti dan turun berkempen sebagai hanya seorang pemimpin politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd