• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancang Program Galakkan Rakyat Sertai Askar Wataniah

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sedang merancang beberapa program untuk menggalakkan rakyat pelbagai kaum di negara ini menyertai Askar Wataniah, kata Menterinya Mohamad Sabu.

“Bila ketiadaan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), kami nak galakkan rakyat menyertai Wataniah, kami sedang menyusun semula untuk kami buat pengumuman.

“Kalau boleh kami nak penyertaan daripada pelbagai kaum,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 38/2018 di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai Kementerian Pertahanan menafikan laporan berhubung pengambilan 75 belia berbangsa India yang dilatih Askar Wataniah, beliau berkata pihaknya akan melihat semula berhubung salah faham berkenaan dalam masa terdekat.

Semalam, Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan menafikan catatan di laman Facebook dan laporan sebuah surat khabar Tamil yang mengatakan kementerian itu telah bersetuju mengambil kesemua 75 orang belia berbangsa India yang dilatih Askar Wataniah, meskipun 60 orang daripada mereka tidak memenuhi kelayakan.

Kenyataan itu memaklumkan kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah dan pihak Kementerian bersetuju untuk mengkaji semula permohonan itu supaya mereka yang memenuhi syarat kemasukan tetapi tercicir sebelum ini boleh dipertimbangkan semula.

Terdahulu, Mohamad menyampaikan sijil kepada 45 pegawai tentera daripada ketiga-ketiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik termasuk tujuh pegawai tentera daripada luar negara.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Komander Ahmad Sapuan Fathi Muhammad dipilih sebagai Penuntut Kursus Terbaik ATM manakala Leftenan Kolonel Sean Duffy Jonathan Galloway dan Komander Thaweesin Kongprasert masing-masing dipilih sebagai Penuntut Kursus Terbaik (bukan ATM) dan Penuntut Kertas Kajian Terbaik. – BERNAMA

Tags: Askar Wataniah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sindir Mat Sabu ‘Capatikan’ Janji

24/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Baru tiga bulan berjanji sudah 'dicapatikan'. Bagitu sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada...

Sasar Tambah 400 AW Di Kelantan, Terengganu

13/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan pertambahan sebanyak 400 anggota Askar Wataniah (AW) di Kelantan dan Terengganu pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd