• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pahang Adakan Persiapan Rapi Hadapi PRK Cameron Highlands

oleh
21/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang mengadakan persiapan rapi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan dan ketenteraman awam terjamin sepanjang sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands bermula dari 12 hingga 26 Jan depan.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan awal bagi mengenal pasti jumlah keanggotan yang diperlukan untuk penugasan untuk tempoh berkenaan.

“Kawasan PRK akan melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanah Rata di Cameron Highlands serta DUN Jelai di Lipis, berikutan itu pada Rabu depan kita akan turun ke daerah berkenaan untuk melihat tempat selain menentukan jumlah keanggotaan sebenar yang diperlukan.

“Kita juga nak lihat tempat penamaan calon untuk merangka keselamatan dengan menggunakan kekuatan anggota tempatan yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya Polis Diraja Malaysia juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kelancaran PRK berkenaan dibantu beberapa agensi lain untuk mengawal tempat letak kenderaan serta perkara lain membabitkan keselamatan masyarakat setempat.

PRK Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Jan ini susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di Kuala Lumpur pada 30 Nov lalu, membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivarraajh setelah mendapati terdapat unsur rasuah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau menyasarkan Pahang dapat menyelesaikan baki kertas siasatan yang tergantung sejak tahun 2000 hingga 2017 menjelang suku ketiga 2019.

Mohd Zakaria berkata, usaha untuk menyelesaikan kertas siasatan yang lama berkenaan telah dilaksanakan sejak beliau mengambil ahli tanggungjawab selaku Ketua Polis Pahang.

“Melalui tumpuan yang diberikan itu kita menyasarkan pengurangan baki 20 peratus kertas siasatan lama yang masih belum diselesaikan dan kita percaya suku ketiga 2019 kita akan dapat menyelesaikan kesemua kertas siasatan yang tergendala berkenaan,” katanya.

Antara faktor kelewatan kertas siasatan itu diselesaikan, katanya adalah disebabkan pertukaran pegawai penyiasat, siasatan yang melibatkan bantuan jabatan lain selain tidak menafikan kurang penyeliaan yang rapi. – BERNAMA

Tags: PRK Cameron Highlands
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Sedia Ambil Alih Bayar Elaun Tok Batin

24/01/2019
0

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya...

PRK: Wan Azizah Ambil Cuti Turun Kempen

23/01/2019
0

KUALA LIPIS - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil cuti dan turun berkempen sebagai hanya seorang pemimpin politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd