• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan PH Lakar Pelbagai Sejarah

oleh
21/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahun 2018 menyaksikan sejarah terukir apabila Malaysia buat pertama kali mengalami perubahan pentadbiran kerajaan pusat selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sekaligus menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Selepas kemenangan PH hasil gabungan empat parti politik iaitu Bersatu, PKR, DAP dan AMANAH itu, negara diperlihatkan dengan lebih banyak sejarah terlakar bermula dengan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 pada usia 92 tahun.

Pelantikan beliau turut diiktiraf Guinness Book of World Records sebagai Perdana Menteri Tertua Dunia pada usia 92 tahun, 141 hari yang dilantik, sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh Morarji Ranchhodji Desai dari India yang berusia 81 tahun pada tahun pelantikannya.

Keadaan itu juga menyaksikan kembalinya Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua memegang jawatan nombor satu negara, selepas hampir 15 tahun berundur.

Selain itu, tahun ini juga menyaksikan Malaysia mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita buat pertama kali dengan pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas kemenangan PH.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama mempengerusikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, pada September lepas.

Dr Wan Azizah, mempengerusikan mesyuarat itu kerana Perdana Menteri, Dr Mahathir ketika itu berada di New York untuk lawatan kerja dan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73.

Barisan kabinet yang dibentuk Dr Mahahtir turut mencipta beberapa sejarah dengan menampilkan realiti demografi kaum di negara ini yang diberi peluang menjadi menteri persekutuan dan memegang pelbagai portfolio penting.

Antaranya melibatkan pemilihan Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang turut mencatat sejarah tersendiri apabila beliau menjadi bangsa Sikh pertama yang dilantik sebagai menteri persekutuan di negara ini.

Mengikut laman web Asia Samachar, anggota Parlimen Puchong itu juga adalah menteri Sikh pertama di Asia selain India.

Selain itu, negara turut menyaksikan pertama kali pemimpin daripada suku Lun Bawang iaitu Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, dipilih menjadi menteri persekutuan apabila diberi tanggungjawab mengetuai Kementerian Kerja Raya.

Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga melakar sejarah baharu apabila menjadi menteri kabinet termuda di Malaysia, sekali gus memadamkan rekod yang sebelum ini dipegang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyertai Kabinet Dr Mahathir pada 1986 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, ketika usianya 33 tahun.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU itu dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan pada usia menginjak 26 tahun pada 6 Disember.

Kabinet baharu itu juga buat pertama kali mengangkat paling ramai wanita untuk mengaggotai jemaah menteri iaitu seramai sembilan orang dengan lima daripadanya memegang menteri penuh iaiatu, Dr Wan Azizah (KPWKM), Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Sumber Asli) dan Teresa Kok (Menteri Industri Utama). – BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd