• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersara Menyanyi, Altimet Fokus Perniagaan Aplikasi Al-Quran

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Altimet memberikan fokus kepada perniagaan piza dan aplikasi mengaji al-Quran selepas membuat keputusan berhenti menyanyi pada November lalu.

Komposer dan penulis lirik berusia 40 tahun itu berkata, dia berminat menceburi perniagaan aplikasi yang dikenali sebagai Recite selepas didekati seorang rakan.

“Saya pernah memberitahu, selepas berhenti menyanyi, saya mahu belajar mengaji.

“Kebetulan, tawaran untuk melabur dalam perniagaan ini datang sudah lama, cuma ketika itu, saya tiada modal.

“Alhamdulillah, aplikasi ini sudah dilancarkan sejak awal tahun ini dan memasuki pasaran Indonesia pada Julai lalu. Sambutannya sangat baik apabila turut mendapat dari United Kingdom dan Amerika Syarikat,” katanya.

Altimet yang ditemui pada majlis sidang media konsert The Last Altimet Show, di sini berkata, aplikasi itu mendapat kelulusan dan dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, ia dibangunkan dengan kerjasama ustaz dan ustazah bertauliah tempatan sebagai tenaga pengajar.

Melihat sambutan awal, Altimet merancang untuk meluaskan lagi aplikasi itu dengan mengambil tenaga pengajar yang mampu bertutur pelbagai bahasa.

“Sekiranya aplikasi ini diterima di seluruh dunia, saya akan bersara sepenuhnya dengan selesa.

“Ketika ini, aplikasi itu hanya disediakan dalam bahasa Melayu. Saya ambil peluang ini bukan semata-mata kerana wang, tetapi juga untuk mengumpul ilmu dan pahala,” katanya.

Meskipun kini berada di belakang tabir, Altimet berkata, rezekinya semakin bertambah apabila turut menerima tawaran berlakon drama dan teater, serta menjadi pengacara program televisyen.

“Saya masih mempertimbangkan tawaran itu kerana penggambarannya hanya bermula awal tahun depan.

“Saya belum boleh berkongsi lanjut mengenainya memandangkan saya mahu terlebih dahulu bercuti sepanjang bulan ini,” katanya yang turut tampil dengan album baharu, 0 yang memuatkan 13 lagu.

Menyentuh mengenai konsert yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 16 Februari depan, Altimet akan mempersembahkan lebih 20 lagu daripada lima albumnya.

Konsert selama dua jam itu turut menampilkan DJ Fuzz, Awi Rafael, Teh Tarik Crew, Zizi Kirana, Hazama, Aizat Amdan dan Aman Ra. – BH Online

Tags: AltimetBersara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula...

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

10/02/2024
0

AMPANG - Tular di media sosial imej seorang lelaki seperti 'kembar' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd