• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Todak Gaming Community Anjur Festival E-Sukan Terbesar Tahun Hadapan

oleh
20/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Todak Gaming Community membuka peluang kepada semua pemain profesional dan amatur untuk bersaing dalam kejohanan ‘knockout’ Todak Cup Mobile Legends Championship yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Jan ini.

Presiden Todak Gaming Community, Khairul Azlan Zainal Ariffin berkata, pemilihan pemain yang akan mewakili Todak Gaming House tidak semestinya pasukan yang menjadi juara tetapi akan dipilih menerusi pemain terbaik di setiap posisi.

“Buat masa ini kami mencari tujuh orang pemain untuk menghasilkan satu pasukan yang terdiri daripada pemain yang terbaik daripada posisi masing-masing seperti ‘Tanker’, ‘Maskman’ dan sebagainya.

“Malah, pasukan ini akan dijaga secara profesional dari segi tempat tinggal, makan, peralatan dan akan membawa mereka ke pertandingan di seluruh dunia yang mempunyai potensi untuk kita menang,” katanya dalam sidang media dan pra-pelancaran festival e-sukan, Todak Fest 2019 di sini, hari ini.

Todak Fest 2019 merupakan festival e-sukan tempatan terbesar selama dua hari yang dijangka menerima kedatangan lebih 10,000 pelawat, penonton festival dan juga pemain e-sukan dari seluruh Malaysia.

Sementara itu, Naib Presidennya, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan berkata pemain berpeluang merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 berserta kontrak sebagai pemain berkumpulan rasmi bagi mendapatkan pendedahan global menerusi kejohanan e-sukan seluruh dunia termasuk aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan oleh Todak Gaming Community.

“Kami mencari wakil bagi Todak Gaming House iaitu gaming house profesional kami dan membawa mereka ke seluruh dunia bagi pihak kami.

“Kami telah didekati pasukan profesional Mobile Legend untuk mejadi wakil kami dan disebabkan itu kami menganjurkan kejohanan ini bagi memberikan peluang kepada semua pasukan bagi membuktikan kehebatan mereka,” katanya – BERNAMA

Tags: e-sukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

e-Sukan Tawar Hadiah Lebih RM20,000 Sempena AKM

10/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Hadiah wang tunai lebih RM20, 000 ditawarkan dalam pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) sempena Program 100 Hari Aspirasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd