• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Kedah Berkenan Ziarah Keluarga Muhammad Adib

oleh
20/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin hari ini berkenan meluangkan masa menziarah keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, di kediaman mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini.

Baginda yang tiba bersama Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff pada 3.40 petang itu meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat kepada ibu bapa Allahyarham.​​​​​​​

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.

Dr Ismail berkata dalam pertemuan bersama ibu bapa anggota bomba itu, Tengku Sarafudin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah memberikan jaminan akan melihat apa sahaja keperluan bantuan yang diperlukan keluarga Muhammad Adib.

“Baginda juga menasihati mak ayah arwah supaya bersabar dan teruskan kehidupan macam biasa, jaga kesihatan dan jaga makan minum dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas keberangkatan pulang baginda berdua dari kediaman keluarga Allahyarham itu.

Dr Ismail berkata Raja Muda Kedah itu turut menyebut rakyat diminta tidak menghukum sendiri dengan memainkan sentimen agama atau bangsa rentetan kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis menyelesaikan masalah itu mengikut undang-undang sedia ada.

“Tuanku sebut keadilan mesti diberikan terhadap apa yang berlaku kepada Muhammad Adib tetapi mestilah dalam bentuk melaksanakannya mengikut undang-undang…Tuanku juga menasihati supaya rakyat bertenang dan biarkan pihak berkuasa iaitu polis selesaikan masalah yang berlaku itu,” katanya.

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 Isnin malam selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini kira-kira 1.45 tengah hari, Selasa. – BERNAMA

Tags: Muhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd