• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Khas RM77 Juta Bantu Peneroka Felda

oleh Cj Mnh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM77 juta bagi membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melunaskan bayaran-bayaran tertunggak pada tahun semasa.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata kementerian mengambil perhatian serius masalah aliran tunai FELDA yang sangat sangat kritikal pada tahun ini.

“Masalah ini telah mendapat keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengarahkan bantuan diberikan,” katanya.

Lim berkata jumlah itu merangkumi bayaran khairat kematian sebanyak RM1.2 juta melibatkan waris kepada 120 peneroka yang telah meninggal dunia.

Sebanyak RM43 juta pula untuk bayaran tunggakan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka, katanya.

Selain itu, Lim berkata sebanyak RM32.8 juta diperuntukkan untuk bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula yang akan memanfaatkan 38,000 orang peneroka FELDA.

“Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan tahun 2018 sebanyak RM77,000,000 kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia FELDA,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Berkenan Saksikan Formula Satu Gulf Air Bahrain Grand Prix

Agong Berkenan Saksikan Formula Satu Gulf Air Bahrain Grand Prix

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix...

‘Saya Basah, Tapi Teruja… Seluruh Negara Bergembira’ – PMX Anwar

‘Saya Basah, Tapi Teruja… Seluruh Negara Bergembira’ – PMX Anwar

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan seluruh negara sedang bergembira dengan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd