• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Antara Terbabit Dalam Perlanggaran Bot Di Brunei

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Episod perlanggaran sebuah bot di perairan Brunei yang meragut dua nyawa dan kemudian bertukar menjadi kes penyeludupan, berakhir semalam apabila lapan lelaki, dua daripada mereka rakyat Malaysia, dijatuhi hukuman penjara dua tahun, oleh mahkamah majistret Brunei.

Menurut laporan yang disiarkan hari ini oleh akhbar Borneo Bulletin berpangkalan di Brunei, dua rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina Mohamad Sayurul Nizam Julhani; Jes Taulas; Simar Mohd Zain; Mohd Hazman Awie; Juan Nasir; Jimee Nassaruddin; Henry Subilin dan Hassan Hussin disabitkan kesalahan kerana menyeludup kotak mengandungi minuman keras pada 5 Dis.

Mereka kemudian memberi maklumat palsu kepada Polis Marin Brunei pada 6 Dis.

Laporan itu menyebut Ketua Majistret Pengiran Masni Pengiran Haji Bahar dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dr Mohd Hussin Ali Idris bagaimana kesemua defendan, kecuali Hassan, belayar dari Labuan di dalam sebuah bot yang sarat dengan muatan minuman keras, menuju ke Limbang, pada 6 petang, 5 Dis.

Sementara itu, Hassan dan dua lagi lelaki di dalam sebuah bot lain, menghantar muatan minuman keras itu ke Limbang. Tugas mereka selesai sebelum 8.30 malam.

Ketika bot kedua menghala balik ke arah Labuan menerusi perairan Brunei, ia bertembung dengan bot pertama berhampiran Pulau Selirong.

Kesemua lelaki itu terhumban ke dalam laut, dan mereka diselamatkan oleh sebuah feri yang kebetulan lalu di situ. Seorang daripada rakan Hassan meninggal dunia dalam kemalangan itu manakala seorang lagi masih hilang.

Kelapan-lapan lelaki itu dibawa ke Serasa, di mana mereka berbohong kepada Polis Marin bahawa mereka menghantar ikan untuk jualan di Limbang, lapor akhbar harian itu. – BERNAMA

Tags: bot berlanggarmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd