• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia akibat masalah paru-paru di Hospital Jempol, hari ini.

Anak kedua Allahyarham, Najmuddin Rabbani berkata bapanya dibawa ke hospital selepas Subuh pagi tadi setelah mengadu sesak nafas.

“Semasa dirawat doktor memaklumkan paru-parunya berair dan doktor memberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal pukul 8.12 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lalang, Jempol selepas solat Zohor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dijangka menghadiri pengebumian Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan sembilan orang anak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mustaffa bertanding di Parlimen Jempol dan Dewan Undangan Negeri Ampangan namun tewas di kedua-dua kerusi berkenaan. – BERNAMA

Tags: meninggal duniaPesuruhjaya PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd