• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut, Dua Lelaki Cedera Parah Diserang Dan Ditetak

oleh
20/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Seorang wanita maut manakala dua lelaki yang juga rakan sekerjanya cedera parah selepas diserang seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kilang pemborong makanan sejuk beku, di Kampung Selamat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa Sia Seok Kee, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas manakala dua lagi lelaki berumur 14 dan 17 tahun mengalami kecederaan parah dan dalam keadaan kritikal.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga pekerja di kilang itu telah datang dan menyerang serta menetak tiga mangsa berkenaan dan kejadian tersebut bermula di bilik sejuk beku premis tersebut.

“Suspek menggunakan parang dipercayai diambil dari stor kilang itu sebelum menyerang tiga mangsa sehingga mereka mengalami kecederaan parah. Mereka kemudiannya lari keluar dari bilik sejuk beku untuk menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang ramai,” katanya di sini, malam ini.

Beliau berkata suspek yang telah setahun lebih bekerja di kilang itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha berwarna biru dengan nombor pendaftaran PBM 1524.

Noorzainy berkata usaha mengesan suspek giat dijalankan dan polis percaya dia masih berada di sekitar daerah SPU.

Katanya dua mangsa yang kritikal itu mengalami beberapa kesan tetakan di badan dan kepala manakala seorang daripadanya turut putus jari kaki dan mereka telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa itu dalam keadaan berlumuran darah sebelum mereka dihantar ke hospital dan wanita yang maut itu mengalami kecederaan parah dengan beberapa bahagian badan penuh dengan kesan tetakan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku berikutan suspek tidak berpuas hati kerana tidak dibayar gaji seperti yang ditetapkan.

“Seorang daripada mangsa merupakan adik kepada pemilik kilang berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tetak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd