• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Sabu Bertemu Presiden Turki

oleh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ancaman pengganas Daesh dan isu penduduk etnik Rohingya antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam lawatan rasmi ke negara itu yang berakhir hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata turut dibincangkan semasa kunjungan hormat yang berlangsung di Kompleks Istana Presiden itu ialah hubungan kerjasama dua hala dan isu keselamatan serantau.

Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Halusi Akar di Kementerian Pertahanan Nasional Turki serta menghadiri mesyuarat dua hala dipengerusikan bersama Malaysia-Turki.

“Mereka antara lain membincangkan kerjasama pertahanan khususnya berkaitan aspek latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan mengenai lawatan kerja rasmi 17 hingga 19 Dis itu.

Mohamad juga berpeluang melihat secara lebih dekat kemajuan industri pertahanan Turki melalui lawatan ke Istanbul Shipyard, Defence Industry Presidency, Havelsan serta Turkish Aerospace Industry.

Delegasi Malaysia antara lain disertai Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Duta Besar Malaysia Ke Turki Datuk Abdul Razak Abdul Wahab. – BERNAMA

Tags: Mohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd