• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Penduduk Terjejas “Banjir Termenung” Di Pasir Mas Terima Kit Makanan

oleh Cj Mnh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Lima puluh keluarga di Kampung Lachang dekat Rantau Panjang, di sini, yang terkepung oleh ‘banjir termenung’ sejak lebih dua minggu lepas, bernasib baik apabila menerima bantuan berupa kit makanan, hari ini.

Bantuan disampaikan oleh Penggawa Daerah Alor Pasir, Zamany Agus Mohamad yang mewakili Ketua Jajahan Pasir Mas dengan turut dibantu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut Kapten (PA) APM Pasir Mas, Mohd Arif Mohd Zain yang mengetuai operasi, bantuan berkenaan bagi meringankan beban keluarga di situ yang sukar keluar masuk disebabkan kawasan rumah dan jalan perhubungan dinaiki air sedalam antara 0.5 hingga mencecah dua meter.

Katanya ini adalah bantuan yang pertama kali disampaikan kepada penduduk sejak kampung itu ditenggelami air.

“Kami sudah menyiapkan sebanyak 1,500 kit makanan kepada penduduk yang terjejas dan selepas ini kami akan ke Kampung Teraji, Sapi dan Siram untuk mengagihkan bantuan.

“Bantuan akan ditambah lagi dari semasa ke semasa kerana daripada data yang diterima, ada kira-kira 5,000 keluarga di daerah ini yang terjejas,” katanya selepas pengagihan kit makanan di Kampung Lanchang, di sini, hari ini.

Seorang penduduk yang ditemui, Maizon Mohd Nasir, 49, berkata dia berterima kasih kepada pihak berkuasa yang sudi menyumbangkan bantuan kepada keluarganya selepas kawasan rumah dinaiki air.

Ibu 12 orang anak ini berkata air masuk ke kawasan kampung ini sejak 6 Dis lepas dan masih belum surut.

“Sebelum ini penduduk di sini tidak pernah menerima sebarang bantuan walaupun ketika dipindahkan ketika banjir besar dahulu kami ada dijanjikan bantuan.

“Yang paling memeritkan, sekiranya banjir termenung seperti ini sudah pasti ia mengambil masa untuk surut dan adakalanya selama tiga minggu. Saya berharap ada kaedah bagi mengelak berlakunya keadaan seperti ini di masa akan datang,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan penduduk di sini mahir mengayuh perahu ataupun mengendalikan bot enjin galah disebabkan sudah terbiasa dengan keadaan banjir termenung. – BERNAMA

Tags: kit makananmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd