• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Tinggalkan BAM Bagus Untuk Kemajuan Badminton Negara

oleh
19/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa pemain kebangsaan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) boleh dianggap sebagai perkembangan yang baik untuk sukan itu, kata bekas pemain perseorangan lelaki negara Ong Ewe Hock.

Beliau berkata ini kerana peluang sebagai pemain badminton profesional pada masa ini lebih luas berbanding dahulu yang boleh dianggap gelap masa depan jika pemain keluar daripada badan induk badminton negara itu.

Ewe Hock yang merupakan sebahagian pasukan negara yang muncul naib juara Piala Thomas sebanyak tiga kali itu turut berharap kelab badminton dan syarikat swasta merebut peluang ini dengan mengikat pemain yang meninggalkan BAM serta memberikan mereka sokongan untuk bersaing di arena antarabangsa.

“Kita perlu mencontohi negara-negara seperti Jepun, Taiwan dan Thailand yang mempunyai sistem kelab yang bagus. Memang pemain akan mengalami kesukaran sebagai pemain profesional terutamanya dari segi kewangan.

“Saya berharap syarikat-syarikat besar tampil memberi sokongan kepada pemain bukan di bawah naungan BAM. Pihak syarikat juga boleh menubuhkan kelab atau akademi sendiri seperti syarikat Unisys di Jepun yang menggunakan bajet sendiri untuk jalankan operasi,” katanya di sini hari ini.

Pemilik Kelab Badminton Serdang (Serdang BC) itu berkata syarikat-syarikat terkemuka boleh menggunakan khidmat bekas pemain untuk mengendalikan kelab tersebut.

Tiga hari lalu peminat badminton negara dikejutkan dengan keputusan pasangan beregu campuran nombor satu negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying keluar BAM.

Sebelum itu, beberapa pemain seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Tee Jing Yi, Chooi Kah Ming dan Lim Khim Wah meninggalkan BAM dengan pelbagai alasan.

Baru-baru ini, timbul spekulasi satu lagi pasangan pemenang pingat perak di Rio, iaitu beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong bakal mengikuti langkah keluar daripada BAM kerana sering dikritik berikutan prestasi tidak konsisten.

Ditanya mengenai keputusan BAM untuk mengecilkan saiz skuad kebangsaan dengan menggugurkan pemain serta jurulatih yang tidak menunjukkan prestasi baik, Ewe Hock berkata ia merupakan satu tindakan yang tepat.

“Secara peribadi saya rasa kalau BAM buat macam itu, satu tindakan yang bagus sebab BAM sudah cakap tak mampu nak jaga pemain seramai ini,” katanya yang keluar BAM pada 2003.

Sementara itu, Ewe Hock berkata Serdang BC akan meneruskan tradisinya sebagai pasukan yang menumpukan pembangunan pemain muda menerusi saingan SS Purple League dengan mengetengahkan bakat-bakat muda yang berpotensi apabila musim baharu membuka tirai pada hujung minggu ini. – BERNAMA

Tags: BAMOng Ewe Hock
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd