• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘17476’ Nombor Akan Dikenang Selamanya

oleh
19/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Nombor ‘17476’ pasti akan menjadi kenangan kepada rakan-rakan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia, malam semalam.

Nombor berkenaan merupakan nombor badan (nombor anggota) Muhammad Adib yang mesra dengan panggilan ‘Mat Dib’ dalam kalangan rakan setugas sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pemergian Muhammad Adib, 24, setelah 21 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) akibat cedera parah dipercayai diserang sekumpulan perusuh dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor bulan lepas, diratapi rakyat Malaysia khususnya anggota keluarga dan rakan-rakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

Rakan setugasnya, Mohd Khairul Hafiz Mansor, 25, berkata Allahyarham terkenal dengan sikapnya yang sentiasa murah dengan senyuman dan tidak pernah berkira ketika menjalankan tugas.

“Allahyarham jenis pendiam, tetapi bila dia (Muhammad Adib) sudah kenal, pasti semua orang senang dengan perangai dia… kami dah anggap dia macam adik kami sendiri.

“Sehingga sekarang senyuman manis dia ketika berada di balai ini sentiasa dalam ingatan semua rakan,” katanya ketika ditemui Bernama di BPP Subang Jaya, hari ini.

Lebih memilukan, ketika tinjauan Bernama di BPP itu kelihatan pakaian rintangan api milik Muhammad Adib masih tergantung di suatu sudut rak pakaian di balai berkenaan.

Pakaian lusuh berwarna jingga itu merupakan antara pakaian dibawa bersama Muhammad Adib ketika operasi terakhir Allahyarham pada malam kejadian.

Mohd Khairul Hafiz berkata walaupun Allahyarham sudah tiada, kenangan sepanjang bertugas bersama akan kekal terpahat dalam diri setiap anggota di balai itu.

“Allahyarham telah meninggalkan kita semua, namun semangat juangnya yang tidak pernah putus asa akan dijadikan suntikan baharu buat kami untuk terus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya sambil memegang pakaian operasi Allahyarham.

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah, kira-kira 1.45 tengah hari tadi. – BERNAMA

Tags: Muhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd